Zikir pagi & petang yang "ma'thur" (didasarkan pada hadis-hadis), disusun oleh Imam As-Syahid Hasan Al-Banna
🛡️
Hisnul Muslim
"Perisai Muslim" - Doa dan zikir dari Al-Quran dan As-Sunnah (sahih dan hasan), dihimpunkan oleh Syeikh Dr. Sa'id bin 'Ali bin Wahf Al-Qahthani
🤲
Doa
Doa dan zikir tambahan daripada Al-Quran & As-Sunnah
Dalam proses kemas kini
Ada komen pembaikan atau maklumat tidak tepat? Beritahu kami. Cari icon 'flag'.
Kenapa aplikasi ini bernama "Qawiy"?
Qawiy (قوي) bermaksud 'kuat' — diambil inspirasi dari maksud hadis Nabi Muhammad ﷺ di bawah bahawa mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT. Kekuatan di sini ialah kekuatan iman, ilmu dan amalan soleh. Semoga aplikasi ini dapat membantu anda untuk menjadi mukmin yang kuat dan dicintai Allah SWT terutamanya dalam aspek meningkatkan ilmu dan memotivasi diri untuk beramal soleh.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, beliau berkata, Rasûlullâh Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allâh Azza wa Jalla daripada Mukmin yang lemah; dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allâh (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata: 'Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu', tetapi katakanlah: 'Ini telah ditakdirkan Allâh, dan Allâh berbuat apa saja yang Dia kehendaki', kerana ucapan seandainya akan membuka (pintu) perbuatan syaitan.
Hadis ini sahih. Diriwayatkan oleh Muslim (no. 2664); Ahmad (II/366, 370); Ibnu Mâjah (no. 79, 4168); an-Nasâ-i dalam 'Amalul Yaum wal Lailah' (no. 626, 627); at-Thahawi dalam 'Syarh Musykilil Aatsâr' (no. 259, 260, 262); Ibnu Abi Ashim dalam Kitab 'as-Sunnah' (no. 356). Dishahihkan oleh Syaikh al-Albâni rahimahullah dalam 'Hidâyatur Ruwât ila Takhrîji Ahâdîtsil Mashâbîh wal Misykât' (no. 5228).