Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Ha Mim. Turunnya Al-Quran itu daripada Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. Yang Mengampuni dosa, Yang Menerima taubat, Yang keras hukuman-Nya, Yang mempunyai kurniaan. Tiada tuhan melainkan Dia, kepada-Nyalah tempat kembali.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 84 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca \"Haa Mim\" surah al-Mukmin hingga \"kepadaNya tempat kembali\" dan ayat al-Kursi ketika pagi, dia akan dipelihara oleh kedua-dua potong ayat ini hingga ke petang. Sesiapa yang membacanya ketika petang, dia akan dipelihara hingga ke pagi." Riwayat al-Tirmizi, al-Darimi, Ibnu al-Sunni dan al-Mirwazi.