Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung dengan Tuhan yang menguasai waktu subuh. Dari kejahatan makhluk-Nya. Dari kejahatan malam apabila gelap gelita. Dari kejahatan ahli sihir yang menghembus pada simpulan-simpulan. Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila dia dengki.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 93 menyatakan bahawa: Ataupun Tuhan yang mencipta subuh.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 94 menyatakan bahawa: Ketika gelap malam.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 95 menyatakan bahawa: Wanita sihir yang menghembus seperti membaca mentera.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 96 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Khubaib r.a. katanya: "Pada suatu malam yang hujan dan gelap gelita kami keluar mencari Rasulullah s.a.w. untuk mendoakan kami dan kami berjaya menemui baginda. Baginda bersabda: Katakanlah. Tetapi saya tidak katakan apa-apa. Baginda bersabda: Katakanlah. Tetapi saya tidak katakan apa-apa. Baginda bersabda: Katakanlah. Lalu saya berkata: Wahai Rasulullah, apakah yang perlu saya katakan? Baginda bersabda: Katakanlah Dialah Tuhan yang Maha Esa dan juga surah mu‘awwizatain ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali. Ia akan melindungimu daripada segala-galanya." Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie. Menurut al-Tirmizi hadis ini hasan sahih.