Ya Allah, apa sahaja nikmat yang aku perolehi pada waktu petang ini atau oleh sesiapa daripada makhluk-Mu, maka ia adalah daripada-Mu sahaja, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala pujian dan bagi-Mu segala kesyukuran.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 101 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Ghannam al-Baiyadhi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca ketika pagi: \"Ya Allah, pada pagi ini setiap kali saya memperolehi nikmat atau berada bersama seseorang, ia adalah daripadaMu sahaja tiada sekutu bagiMu. BagiMu segala kepujian dan bagiMu segala kesyukuran\" dia telah bersyukur pada hari itu dan jika dia membacanya ketika petang, dia telah bersyukur pada malamnya." Riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan Ibnu Hibban dalam bukunya, Sahih Ibnu Hibban.