Wahai Tuhanku, bagi-Mu segala puji sebagaimana yang layak bagi kemuliaan wajah-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 102 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah bersabda kepada mereka di mana ada seorang hamba Allah berkata: "Wahai Tuhanku, segala pujian bagimu setaraf dengan keagungan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu" Lalu dua malaikat terpinga-pinga dan tidak tahu bagaimana untuk menulisnya. Lalu malaikat-malaikat ini naik ke langit dan berkata: Wahai Tuhan kami, hambaMu ini telah berkata sesuatu yang kami tidak tahu bagaimana untuk menulisnya? Allah Azza wa Jalla walaupun lebih tahu tentang hambaNya, berfirman: Apakah yang dikatakan oleh hambaKu itu. Malaikat-malaikat itu berkata: Tuhan, dia telah berkata: "Wahai tuhanku, segala pujian bagimu setaraf dengan keagungan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu". Lantas Allah Azza wa Jalla berfirman: Tulislah sebagaimana yang dikatakan oleh hambaKu itu dan apabila dia bertemu denganKu akan Aku berikan ganjaran kepadanya kerana bacaannya itu." Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah. Periwayat hadis ini adalah dipercayai (thiqah).