Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya — sebanyak bilangan makhluk-Nya, sebanyak yang diredai-Nya, seberat timbangan Arasy-Nya, dan seluas dakwat kalimah-kalimah-Nya.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 104 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Juwairiyah, Ummu al-Mukminin r.a. bahawa suatu ketika Nabi s.a.w. semenjak awal pagi lagi telah keluar dari rumahnya dan ketika baginda sembahyang subuh Juwairiyah r.a. masih berada di tempat sembahyangnya dan apabila baginda balik ketika waktu dhuha dia masih duduk di situ, lalu baginda bersabda: "Engkau masih seperti mana saya tinggalkan tadi? Ummu Mukminin menjawab: Ya. Nabi s.a.w. bersabda: Saya akan bacakan kepadamu empat potong ayat sebanyak tiga kali jika ia ditimbang dengan apa yang kamu baca hari ini nescaya ia sama: \"Maha suci Allah dan pujian untukNya sebanyak bilangan makhlukNya dan keredaan diriNya, seberat arasyNya, sebanyak tinta kalimahNya.\"" Riwayat Muslim.