Ya Allah, sihatkan badanku. Ya Allah, sihatkan pendengaranku. Ya Allah, sihatkan penglihatanku. Tiada tuhan melainkan Engkau.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 109 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abu Bakrah r.a. bahawa dia berkata kepada bapanya: Bapaku, saya dengar bapa membaca setiap pagi: "Ya Allah, sihatkanlah tubuh badan saya. Ya Allah, sihatkanlah pendengar saya. Ya Allah, sihatkanlah penglihatan saya. (3 kali) Ya Allah saya mohon lindunganMu daripada kufur dan miskin. Ya Allah, saya mohon lindunganMu daripada azab kubur. Tiada tuhan melainkan Engkau." Bapa mengulanginya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang. Bapanya berkata: Saya dengar Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa ini dan saya suka untuk mengikut sunnahnya." Riwayat Abu Daud dan yang lain.