Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau. Engkau menciptakan aku dan aku hamba-Mu. Aku berpegang pada perjanjian dan janji-Mu sedaya upayaku. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat-Mu ke atasku dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah aku, kerana sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa melainkan Engkau.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 110 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Syaddad bin Aus r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Penghulu istighfar ialah: \"Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptaku dan aku adalah hambaMu. Aku akur pada janjiku padaMu sedaya upayaku. Aku juga memohon lindunganMu daripada kejahatan yang telah aku lakukan. Aku akui nikmatMu kepadaku dan aku akui dosaku maka ampunilah aku kerana tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkanMu.\" Sesiapa yang membacanya dengan penuh yakin pada waktu petang maka jika dia mati pada malam itu dia akan masuk ke syurga. Sesiapa yang membacanya dengan penuh yakin pada waktu pagi maka jika dia mati pada malam itu dia akan masuk ke syurga." Riwayat al-Bukhari dan yang lain.