Ya Allah, selawatkanlah ke atas junjungan kami Muhammad dan ke atas keluarga junjungan kami Muhammad, sebagaimana Engkau selawatkan ke atas junjungan kami Ibrahim dan ke atas keluarga junjungan kami Ibrahim. Dan berkatilah junjungan kami Muhammad dan keluarga junjungan kami Muhammad, sebagaimana Engkau berkatkan junjungan kami Ibrahim dan keluarga junjungan kami Ibrahim di seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji, lagi Maha Mulia.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 112 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berselawat kepada saya ketika pagi sebanyak sepuluh kali dan ketika petang sebanyak sepuluh kali, dia akan mendapat syafaat saya pada hari kiamat nanti." Riwayat al-Tabarani.