Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah: Cukuplah bagiku Allah. Tiada tuhan melainkan Dia. Kepada-Nya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 79 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Darda’ r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berkata pada setiap hari pagi dan petang, \"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.\" Dan dibaca sebanyak tujuh kali nescaya Allah akan memudahkan segala urusan dunia dan akhiratnya." Riwayat Ibnu al-Sunni dan Ibnu Asakir daripada Nabi s.a.w. (marfuk) dan Riwayat Abu Daud daripada Abu Darda’ (mauquf).