Kami memasuki waktu petang di atas fitrah Islam, di atas kalimah ikhlas, di atas agama Nabi kami Muhammad SAW, dan di atas agama bapa kami Ibrahim yang lurus, dan dia bukanlah daripada golongan orang musyrik.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 98 menyatakan bahawa: Menurut Ibnu Saiyiduh dalam bukunya, al-Muhkam: Hanif ialah orang Islam yang suci daripada agama-agama lain, maknanya dia hanya cenderung kepada kebenaran.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 99 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Ubay bin Kaab r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mengajar agar apabila pagi kami membaca: "Pada pagi ini kami berada di atas fitrah Islam, di atas kalimah yang ikhlas dan agama nabi kami Muhammad s.a.w., atas anutan bapa kami Ibrahim yang (hanif) suci dan bukan dia di kalangan orang-orang musyrikin" begitu juga ketika petang." Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad dalam bukunya, al-Zawaid.