Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu daripada menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon keampunan-Mu daripada apa yang kami tidak ketahui.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 106 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari r.a. katanya: Suatu hari Rasulullah s.a.w. berucap kepada kami di mana baginda bersabda: "Wahai sekalian hadirin, Jauhilah syirik ini kerana ia lebih tersembunyi daripada semut. Lalu seorang sahabat bertanya: Bagaimana kami boleh menjauhinya sedangkan ia lebih tersembunyi daripada seekor semut, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Katakanlah, Ya Allah, kami mohon lindunganMu supaya kami tidak mempersekutukanMu secara kami sedari dan kami memohon keampunanMu jika kami lakukan tanpa kami sedari". Riwayat Ahmad dan al-Tabarani dengan sanad yang baik. Diriwayatkan juga oleh Abu Ya’la daripada Huzaifah. Cuma dalam riwayat ini baginda bersabda: "Dia berkata pada setiap hari tiga kali."