Maha Suci Engkau, ya Allah, dan segala puji bagi-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau. Aku memohon keampunan-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 115 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Jabir bin Mut‘im r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berkata: "Demi kesucian dan kemuliaanMu, ya Allah, saya mengakui bahawa tiada tuhan melainkan Engkau. Saya memohon keampunanMu dan saya bertaubat kepadaMu" ketika dalam majlis zikir ia ibarat cetakan yang akan dicetak di atasnya dan sesiapa yang membacanya dalam majlis yang sia-sia ia akan menjadi kifarat dosanya." Riwayat al-Nasaie, al-Tabrani, al-Hakim dan yang lain.