Ya Allah, selawat dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, hamba-Mu, Nabi-Mu, Rasul-Mu, Nabi yang ummi, dan ke atas keluarga dan sahabat Baginda dengan sejahtera sebanyak-banyak bilangan dalam ilmu-Mu, dan sebanyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu, dan sebanyak yang dirangkum oleh Kitab-Mu. Dan redhailah, ya Allah, akan pemimpin kami Abu Bakar, Umar, Uthman, dan Ali, dan seluruh para sahabat, dan para tabi'in dan yang mengikut jejak mereka dengan kebaikan hingga hari kiamat. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan Yang Mempunyai Kemuliaan, dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera ke atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 116 menyatakan bahawa: Menurut Imam al-Nawawi dalam al-Azkar: "Kami telah meriwayatkan dalam Hilyatul Auliya’ daripada Ali karamallah wajhah: \"Sesiapa yang mahu ditimbang dengan timbangan yang bersih hendaklah dia berkata di akhir majlisnya atau ketika dia bangun, \"Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang Mulia lebih daripada apa yang mereka gambarkan. Salam sejahtera buat para utusan, segala puji buat Allah, Tuhan sekalian alam\".""