Dialah Allah, yang tiada tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui perkara ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Dialah Allah, yang tiada tuhan melainkan Dia, Yang Menguasai, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Memelihara, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Dialah Allah, Yang Mencipta, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa. Bagi-Nya Asma'ul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 85 menyatakan bahawa: "Quddus", Tidak memiliki sebarang kelemahan dan tidak memiliki sifat yang tidak layak denganNya. "Al-Muhaimin" Tuhan yang menyaksikan apa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 86 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr pada malam atau siang, dia akan mati pada siang itu atau malam itu dengan dijanjikan syurga oleh Allah." Riwayat al-Baihaqi.