Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat. Dan bumi mengeluarkan beban-beban beratnya. Dan manusia bertanya: Apa yang terjadi kepadanya? Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kerana Tuhanmu telah mewahyukan kepadanya. Pada hari itu manusia keluar berpuak-puak untuk diperlihatkan kepada mereka amalan mereka. Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihatnya. Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihatnya.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 87 menyatakan bahawa: Pada hari kiamat.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 88 menyatakan bahawa: Segala Isi dan mayat dicampak ke permukaan bumi.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 89 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. secara marfuk: "Surah al-Zalzalah, menyamai separuh al-Quran." Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim daripada Yaman bin al-Mughirah.