Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Wahai orang-orang kafir! Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak akan menjadi penyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 90 menyatakan bahawa: Hadis Ibnu Abbas r.a.: "Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir!" surah ini menyamai suku al-Quran." Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim. Menurut al-Hakim sanad hadis ini sahih.