Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan adalah milik Allah. Segala puji bagi Allah. Tiada sekutu bagi-Nya. Tiada tuhan melainkan Dia, dan kepada-Nya tempat kembali.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 97 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda ketika pagi: "Pada pagi ini kami dan segala kerajaan adalah milik Allah, segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagiNya, tiada Tuhan melainkan Dia dan kepadaNya akan kembali" dan apabila petang baginda bersabda: "Pada petang ini kami dan segala kerajaan adalah milik Allah, segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagiNya, tiada Tuhan melainkan Dia dan kepadaNya akan kembali". Riwayat Ibnu al-Sunni dan al-Bazzar. Menurut al-Baihaqi: Sanadnya baik.