Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasulku.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 103 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Salam r.a., hamba kepada Rasulullah s.a.w. secara marfuk, katanya: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca ketika pagi dan petang: \"Saya reda Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi dan rasul\", menjadi kewajipan pada Allah untuk meredainya." Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan al-Hakim.