Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada sesuatu pun yang boleh memberi mudarat di bumi mahupun di langit, dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 105 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Uthman bin Affan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap hamba yang berkata pada setiap hari di waktu pagi dan petang: \"Dengan nama Allah yang dengan namaNya itu segala apa yang ada di bumi dan juga di langit tidak akan memudaratkan, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui\", sebanyak tiga kali tiada yang akan dapat memudaratkannya." Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, katanya: Hadis ini hadis hasan sahih.