Aku memohon keampunan Allah — yang tiada tuhan melainkan Dia, Yang Maha Hidup, lagi terus-menerus mentadbirkan — dan aku bertaubat kepada-Nya.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 111 menyatakan bahawa: Riwayat Zaid hamba Nabi s.a.w. katanya: Saya dengar bapa saya berkata kepada saya bahawa datuk saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang membaca; "aku mohon keampunan Allah yang tiada tuhan melainkan dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya, aku bertaubat kepadanya", dia akan diampunkan walaupun dia lari daripada medan perang." Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Hakim, katanya hadis ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.