Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 114 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Ayyub r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berkata ketika pagi: \"Tiada tuhan melainkan Allah sahaja dan tiada sekutu bagiNya. MilikiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia berkuasa atas segala-galanya.\" Sebanyak sepuluh kali nescaya Allah akan tuliskan untuknya sepuluh ganjaran setiap kali dia membacanya dan akan dihapuskan untuknya sepuluh hukuman. Dia akan diangkat ke sepuluh darjat. Zikir ini ibarat membebaskan sepuluh hamba dan ibarat senjata dari awal hari hingga ke penghujung. Tiada satu amalan pun yang dapat menandinginya. Ganjaran yang sama akan diperolehi jika dia membaca zikir ini ketika petang." Riwayat Ahmad, al-Tabarani, Sa`id bin Mansur dan yang lain.