Katakanlah: Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu seru, maka bagi-Nya Asma'ul Husna. Janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solatmu dan jangan pula merendahkannya, tetapi carilah jalan tengah. Dan katakanlah: Segala puji bagi Allah yang tidak mempunyai anak dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan dan tidak ada penolong bagi-Nya kerana kelemahan. Dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 80 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca ketika pagi dan petang, \"Katakanlah (wahai Muhammad): Serulah nama \"Allah\" atau nama \"Ar-Rahman\" hingga ke akhir surah\", hatinya tidak akan mati pada hari itu dan pada malam itu." Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus.