Ya Allah, sesungguhnya aku memasuki waktu petang dengan nikmat, keafian dan perlindungan daripada-Mu. Maka sempurnakanlah nikmat-Mu, keafian-Mu dan perlindungan-Mu ke atasku di dunia dan di akhirat.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 100 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang berkata: Ya Allah, Pada pagi ini saya telah menerima daripadaMu segala nikmat, kesihatan dan perlindungan maka sempurnakanlah nikmatMu, kesihatanMu dan perlindunganMu ini di dunia dan akhirat" tiga kali ketika pagi dan petang, menjadi kewajipan pada Allah untuk menyempurnakan nikmatNya." Riwayat Ibnu al-Sunni.