Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan apa yang Dia ciptakan.
Nota: Semakan Sheikh Redwan berdasarkan semakan beliau untuk Himpunan Risalah bab Al-Mathurat dalam nota kaki no. 107 menyatakan bahawa: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang membaca ketika petang sebanyak tiga kali: \"Demi kalimah-kalimah Allah yang sempurna, saya mohon lindungan daripada kejahatan apa yang diciptaNya\", dia tidak akan diancam sengat haiwan pada malam itu." Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih.