Qawiy
Doa qunut witir
Ch. 32Doa qunut witir
Hisn #118
((اللَّهُمَّ إِيَّاكَ نعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ بِالكَافِرِينَ مُلْحَقٌ. اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعينُكَ، وَنَسْتَغْفِرُكَ، وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَخْضَعُ لَكَ، وَنَخْلَعُ مَنْ يَكْفرُكَ)).
Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepadaMu kami solat dan kami sujud. Kepada Engkau kami beramal dan segera berbakti. Kami mengharapkan limpah rahmatMu dan kami gerun akan azab seksaMu. Sesungguhnya azab siksaMu hanyalah ditimpakan ke atas orang-orang kafir. Ya Allah, kami memohon pertolonganMu, kami memohon keampunanMu dan kami memujiMu dengan kebaikan, kami tidak akan kufur kepadaMu, kami beriman kepadaMu, kami tunduk kepadaMu dan kami berlepas diri daripada orang yang kufur kepadaMu.

Al-Baihaqi dalam As-Sunan al-Kubra dengan mentashihkan sanadnya. Kata Al-Albani dalam Irwa' al-Ghalil 2/170: Sanad ini sahih dan ianya dari kata-kata Umar.

Buka dalam Qawiy